INFO TUGAS GURU KOKURIKULUM


SENARAI TUGAS KOKURIKULUM

Setiausaha Sukan dan Penolong Setiausaha Sukan.


1. Membantu menyediakan jadual waktu latihan rumah sukan serta

    mengawasinya.

2. Bertanggungjawab mengenai alat – alat sukan dan menyediakan stok

    lengkap peralatan sukan.

3. Menyediakan minit mesyuarat Majlis Sukan.

4. Membantu menyelaras dan melaksanakan semua hal pentadbiran sukan

    di sekolah.

5. Membantu menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pertandingan

    peringkat MSSPK.





Ketua Rumah/Guru Rumah

1.  Ketua rumah menyediakan jadual bertugas bagi penolong – penolong untuk

     latihan olahraga / pertandingan antara rumah.

2. Guru rumah yang ditugaskan wajib hadir dalam sebarang latihan/ pertandingan

    antara rumah.

3.  Berusaha untuk menubuhkan pasukan yang baik untuk rumah sukan masing –

     masing.

4. Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi rumah sukan masing – masing.

5. Menyimpan fail untuk senarai nama murid – murid dalam rumah sukan masing

    –masing dan kehadiran guru / murid setiap kali latihan dijalankan.

6. Mengambil langkah – langkah sewajarnya untuk menjamin  keselamatan pelajar

    – pelajar semasa latihan / pertandingan dijalankan.

7. Memastikan guru – guru rumah bekerjasama semasa menjalankan tugas.





Ketua / Penolong guru permainan

1. Menyediakan rancangan   sepanjang  tahun untuk melatih murid bagi melahirkan satu

    pasukan sekolah dan pelapis.

2. Menentukan undang – undang dan peraturan MSSPK bagi setiap permainan yang

    ditugaskan kepada guru adalah dipatuhi.

3. Menghadiri mesyuarat atau kursus permainan sekiranya diperlukan.

4. Mengadakan latihan dan pertandingan diperingkat sekolah.

5. Mengambil langkah – langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan murid semasa latihan / pertandingan.




Ketua/ Penolong Pemimpin Unit Beruniform.

1.  Merancang   dan menyediakan rancangan sepanjang tahun.

2. Memastikan semua ahli mendapat pengetahuan dan kemahiran asas yang sepatutnya.

3. Mempelbagaikan corak aktiviti dan teknik pelaksanaan.

4. Mengamalkan secara tetap dalam setiap kali perjumpaan tatacara perjumpaan dan

    aspek pentadbiran.

5. Menguruskan ujian untuk lencana dan sijil bagi ahli – ahli.

6. Memastikan ahli – ahli memakai pakaian seragam yang lengkap dan kemas setiap kali

    perjumpaan.

7. Berusaha bersungguh – sungguh untuk memastikan unit masing – masing bergerak

    dengan aktif dan berkesan untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

8. Mengawas / menasihat mengenai perbelanjaan unit dan memastikan  kira – kira

     kewangan  persatuan didimpan dalam keadaan teratur dan betul.

9.  Bertanggungjawab di atas kawalan disiplin murid – murid yang menjadi ahli.

10.Menentukan lawatan unit jika ada, terkawal dan diurus dengan  sempurna mengikut

      undang – undang Lawatan Rombongan Sekolah.



Ketua/Penolong Penasihat Persatuan & Kelab.

1.   Merancang dan menyediakan rancangan sepanjang tahun.

2.   Berusaha bersungguh – sungguh untuk memastikan kelab masing – masing bergerak

      dengan aktif    dan berkesan untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

3.    Melatih murid dan menyediakan pasukan untuk menyertai pertandingan yang

       dianjurkan untuk ahli – ahli kelab.

4.    Bertanggungjawab di atas kawalan disiplin murid – murid yang menjadi ahli.

5.    Mengawas / menasihat mengenai perbelanjaan persatuan dan mermastikan kira – kira

       kewangan persatuan disimpan dalam keadaan teratur dan betul.

6.    Menentukan lawatan persatuan jika ada, terkawal dan diurus dengan sempurna

       mengikut undang – undang Lawatan Rombongan Sekolah.



Pasukan Elit Sekolah

1.     Berusaha   untuk menubuhkan pasukan sekolah yang baik dengan mengadakan

        sistem pemilihan pelajar – pelajar berbakat.

2.     Menyediakan satu rancangan sepanjang tahun untuk melatih pasukan sekolah dan

        barisan pelapis seperti mengadakan perlawanan persahabatan.

3.     Mengadakan jadual latihan untuk pasukan sekolah.

4.     Mengadakan jadual pertandingan peringkat sekolah.

5.     Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan – pasukan 

        yang lain.

6.     Memastikan langkah – langkah keselamatan yang sewajarnya diambil untuk

        menjaga keselamatan murid – murid.



Pertandingan Kokurikulum Akademik Daerah Kinta Selatan.

1.      Mengenalpasti murid yang berbakat dan berkebolehan.

2.      Memilih murid –murid yang layak untuk mewakili sekolah.

3.      Melatih murid – murid yang terlatih.

4.      Mengiringi murid – murid ke tempat pertandingan